Sunday

MINGGU PENDIDIKAN KHAS

MINGGU PENDIDIKAN KHAS 2010


Minggu Program Pendidikan Khas Integrasi (MPK) adalah merupakan program tahunan yang dilaksanakan pada peringkat sekolah bertujuan memberi pendedahan kepada warga sekolah terhadap Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang dijalankan di samping memberi peluang kepada murid–murid PPKI dan murid–murid arus perdana agar saling berkenalan, memahami dan menjalinkan persahabatan ke arah melahirkan masyarakat yang penyayang. Ianya juga sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membina modal insan yang berkualiti.

Matlamat MPK ialah menanam dan memberi kefahaman kepada semua warga SK Taman Koperasi Polis mengenai murid–murid PPKI agar mereka dapat membatu dengan memberikan sokongan, galakkan dan bantuan secara fizikal dan mental.

Objektif MPK

1. Memberi pendedahan , penerangan dan kefahaman tentang matlamat kewujudan program PPKI kepada semua murid SK Taman Koperasi Polis secara khusus dan amnya kepada masyarakat agar mereka bersyukur dan dapat menerima secara positif kehadiran murid– murid PPKI.

2. Menggalakkan murid–murid SK Taman Koperasi Polis agar dapat sokongan moral dan fizikal dan mental kepada murid–murid PPKI .

3. Platform yang baik untuk menjalinkan kerjasama yang padu dan mengeratkan lagi hubungan persahabatan antara murid–murid arus perdana dengan murid–murid PPKI serta golongan masyarakat yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

4. Memantapkan keyakinan murid PPKI agar mereka dapat menyusuaikan diri untuk berkomunikasi dan berkerjasama dengan pelbagai lapisan masyarakat .

5. Medium kepada murid–murid PPKI agar mereka dapat membentuk jati diri yang kukuh dan tidak mudah merasa merendah diri .