Monday

PERKHEMAHAN PPKI 2011

Program perkhemahan dan kem motivasi murid-murid pendidikan khas adalah program tahunan bagi Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis. Program perkhemahan ini dirancang bagi menyediakan suatu pengalaman baru kepada murid-murid agar mereka dapat merasa pengalaman yang sama seperti yang dilalui oleh murid-murid aliran perdana.


Perkhemahan ini diharap dapat memberikan pendedahan berkaitan pengurusan diri secara praktikal di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. Perkhemahan ini juga adalah kesinambungan dari pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan oleh guru di dalam kelas dan untuk melihat keberkesanan tahap penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran yang telah diajar khususnya dalam bidang pengurusan diri. Selain daripada itu diharapkan melalui program perkhemahan dan kem motivasi ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara murid-murid , guru-guru pendidikan khas dan ibubapa .



OBJEKTIF

  • Memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai aktiviti ko-kurikulum di luar lingkup sekolah.
  • Memberi motivasi –mengenal diri dengan melihat kekuatan dan kelemahan diri.
  • Menerima pendedahan tentang pengurusan diri secara praktik
  • Supaya murid istimewa dapat mempraktikkan segala kemahiran yang telah mereka pelajari di sekolah.
  • Merasa dan melalui beberapa pengalaman baru dalam aktiviti perkhemahan. Menguji ketahanan diri apabila berpisah dengan ibubapa